Minggu, 23 Desember 2007

dakwah islamiyah



HAKIKAT MAZHAB ASY’ARIYYAH

Almarhum Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani


Banyak umat Islam yg tidak mengetahui mazhab Asy’ariyyah. Mereka juga tidak mengetahui tokoh-tokohnya, apalagi mengenal thariqah atau jalan pemikiran dan pemahaman mereka tentang masalah aqidah. Sebahagian umat Islam, meskipun tidak memiliki pengetahuan tentang mazhab Asy’ariyyah, berani menuduh kaum Asy’ariyyah sebagai kelompok yg sesat dan menyimpang dr ajaran agama yg benar, serta kufur terhadap sifat-sifat Allah SWT.

Kejahilan terhadap mazhab Asy’ariyyah itu menyebabkan pecahnya persatuan umat Islam penganut Ahlussunnah dan pembela mazhab Asy’ariyyah. Sebahagian mereka – yg mengingkari mazhab tersebut – mengelompokkannya ke dlm golongan yg sesat. Saya tidak habis memikirkan, bagaimana mungkin ahli iman – atau mu’min – dapat digabungkan dgn orang-orang yg sesat? Bagaimana mungkin penganut Ahlussunnah dapat disamakan dgn penganut Mu’tazilah yg ekstrem, iaitu al-Jahmiyyah? Dlm konteks ini, Allah SWT berfirman:

“Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam ini sama seperti orang-orang yg berdosa (kafir)?” (al-Qalam: 35)

Al-Asy’ariyyah adalah para imam dan tokoh agama atau ulama’ yg ilmunya telah tersebar luas ke pelbagai pelosok dunia, baik di barat mahupun di timur. Keutamaan ilmu dan keshalehan mereka dlm mengamalkan agama telah diakui. Mereka adalah pentolan ulama’ Ahlussunnah. Tokoh ulama’nya yg mulia, dgn gigih melawan kesombongan kaum Mu’tazilah; kaum rasionalis.

Mereka adalah apara ulama’ besar yg mendapat pujian dan sanjungan dr Syeikh Ibn Taimiyyah rh: “Para ulama’ adalah pahlawan penolong ilmu-ilmu agama. Sedangkan tokoh Asy’ariyyah adalah pahlawan pembela ilmu Usuluddin; ilmu tauhid.” (Al-Fatawa IV)

Ulama’ Asy’ariyyah adalah kelompok ulama’ ahli fiqh, hadith dan tafsir. Mereka termasuklah ulama’ besar yg menjadi sandaran ulama’ lainnya. Adapun antara ulama’ Asy’ariyyah itu adalah:

1. Al-Imam al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani rh - Tanpa diragukan lagi, beliau adalah guru kpd ahli hadith, pengarang kitab Fath al-Bari ‘ala Syarh al-Bukhari. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.

2. Imam an-Nawawi rh – ulama’ Ahlussunnah yg mengarang kitab Syarah Muslim dan pelbagai kitab yg terkenal di seluruh dunia.

3. Imam Qurthubi rh - Syeikh al-Mufassirin, tokoh dan guru para ahli tafsir. Beliau mengarang Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran.

4. Syeikh al-Islam Ibn Hajar al-Haytami rh – pengarang kitab Al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir.

5. Al-Imam al-Hujjah at-Tasbt Syeikh Zakariyya al-Anshary rh – tokoh serta pakar fiqh dan hadith (Syeikh al-Fiqh wa al-Hadith).

Selain mereka, termasuk juga ulama’ dlm aliran Asy’ariyyah ialah: Imam Abu Bakr al-Baqillany rh, Imam an-Nasafy rh, Imam Syarbini rh, Abu Hayyan an-Nahwiy rh - ahli nahu/ tatabahasa Arab yg mengarang kitab tafsir al-Bahr al-Muhith dan Imam Ibn Jazy rh - pengarang kitab At-Tashil fi ‘Ulum at-Tanzil.

Sebenarnya ramai lagi ulama’ besar lainnya – baik yg menjadi pakar dlm bidang tafsir, fiqh mahupun hadith – yg termasuk pentolan mazhab Asy’ariyyah. Namun kerana keterbatasan ruangan maka saya tidak menyebutkannya di sini. Pembahasan yg lengkap tentunya memerlukan berjilid-jilid buku utk mengungkap para ulama’ besar yg ilmu mereka memenuhi dunia, baik di barat mahupun di timur.

Sesunguhnya yg menjadi kewajipan umat Islam adalah mengembalikan keutamaan kpd para ahlinya, para ahli ilmu dan keutamaan yg telah berkhidmat kpd Islam yg diwariskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Lalu kebaikan apakah yg kita harapkan jika kita menuduh para ulama’ besar yg sangat berjasa, serta ulama’ salaf kita itu dgn tuduhan “penyimpangan dan kesesatan”? bagaimana mungkin Allah SWT akan berkenan membukakan hati kita utk mengambil faedah dr ilmu merekajika kita berkeyakinan bahawa mereka itu menyimpang dr ajaran Islam yg benar?

Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah ulama’ sekarang yg telah bergelar Doktor, atau sesiapa pun yg bijak pandai yg mampu melakukan seperti apa yg telah dilakukan oleh Syeikh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rh dan Imam an-Nawawi rh? Kedua-dua ulama’ besar ini – semoga rahmat dan redha Allah terlimpah ke atas keduanya – telah berkhidmat begitu banyak kpd Sunnah Nabi Muhammad SAW. Bagaimana mungkin kita akan menuduh keduanya, serta ulama’ Asy’ariyyah yg lainnya, sebagai telah menyimpang dr ajaran Islam dan tersesat? Bukankah kita amat memerlukan ilmu mereka?

Bagaimana kita dapat menimba ilmu dr (karya) mereka jika mereka itu – sebagaimana penilaian sebahagian orang – dlm kesesatan? Imam Zuhri rh pernah berkata, “Sesungguhnya ilmu (tentang Islam) itu merupakan Deen. Maka perhatikanlah dr siapa kamu mengambil agamamu itu.”

Tidakkah cukup bagi para penentang itu mengatakan, umpamanya: “Sesungguhnya para ulama’ Asy’ariyyah itu telah melakukan ijtihad tetapi mereka salah mentakwil sifat-sifat Allah SWT.”

Yg lebih utama adalah tidak mengikuti jalan yg seperti – saya tunjukkan – ini sekalipun. Namun, itu adalah lebih baik dr kita menuduh mereka sebagai orang-orang yg sesat, lalu kita marah kpd orang yg menganggap para ulama’ besar itu sebagai Ahlussunnah wal Jamaah.

Jika ulama’ besar seperti Imam an-Nawawi rh, Imam Qurthubi rh, Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rh, Imam al-Baqillany rh, Al-Fakhrurrazi rh, Imam al-Haytami rh dan Zakariyya al-Anshary rh, serta para ulama’ lain yg terkenal; pakar dlm pelbagai disiplin ilmu Islam dan guru kpd para ulama’ moden itu, bukan Ahlussunnah wal Jamaah, lalu siapakah ulama’ Ahlussunnah wal Jamaah yg sebenarnya?

Sesungguhnya saya – dgn penuh keikhlasan – mengajak semua da’ie, mubaligh serta sesiapa saja yg bergelut dlm da’wah Islam utk bertaqwa kpd Allah dlm hal menghadapi dan menilai umat Nabi Muhammad SAW, apalagi berkenaan dgn para ulama’ besar dan para fuqaha’ pilihanNya.

Bagaimanapun, umat Nabi Muhammad SAW akan selalu baik sehingga Yaumul Qiyaamah. Tetapi kita tidak akan mendapatkan kebaikan jika kita tidak menghargai para ulama’ dan tidak memuliakan mereka (lihat karya Syeikhuna Allamah Syeikh Muhammad Ali Shabuni tentang mazhab Asy’ariyyah dlm bahasan yg panjang lebar dan sangat bagus).

Allahu a’lam bissawab.


- Mafahim Yajib ‘an Tushahhah (Meluruskan Kesalahfahaman), Almarhum Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.